ASSALAMUALAIKUM

bersyukur dan redha apa yang terjadi

my friend

Wednesday, 24 October 2012

pengorbanan anak siri2


Kini Afif telah menjejakkan kaki di Universiti Malaya dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Walaupun agak sukar untuknya meninggalkan ibunya di kampung, namun desakkan ibu serta cita-cita ingin membaiki hidup menyebabkannya pergi juga merantau.

Walaupun sibuk dengan urusan pelajaran dan jadual waktu kuliahnya agak ketat, dia tetap akan menefoni ibunya di kampung. Kalau tidak setiap hari, setiap hujung minggu pasti dia akan menelefoni ibunya. Rindu kepada ibunya amat kuat kerana dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya buat sekian lama.

Oleh kerana tekanan pelajaran di universiti, menyebabkan Afif tidak menjaga kesihatan dirinya. Jadual pemakanannya langsung tidak dipatuhi. Kadang-kala dia hanya makan sekali sehari. Itupun dengan kuantiti yang sedikit. Dia masih ingat lagi ketika dia menghadiri jamuan akhir tahun sekolahnya ketika dia berada di tingkatan lima. Dia langsung tidak mempunyai selera makan, walhal di hadapannya terhidang beraneka makanan yang menyelerakan.

Terdetik dihatinya, apa lauk yang terhidang dihadapan ibu ketika ini? Adakah wajar aku makan yang sedap-sedap sedangkan ibu hanya makan nasi berlaukkan ikan kering. Afif masih ingat lagi dia diketawakan oleh rakan-rakannya ketika jamuan akhir tahun itu apabila dia mengambil seketul paha ayam goreng dan sebungkus mee goreng untuk ibunya. Afif balutkan ayam goreng tersebut dengan tisu rapi-rapi supaya ayam tersebut tidak kotor. "Apa yang kau buat tu Afif? Nak bagi kucing makan ya..hahaha" Rakan-rakan nya mengejek. Afif hanya mendiamkan diri. Afif belum lagi menyentuh makanan yang ada di hadapannya. Seleranya terbantut.

Sesampai di rumah, Afif hidangkan seketul paha ayam goreng berserta dengan mee goreng di dalam pingan untuk dihidangkan kepada ibunya. "Afif dah makan? Kenapa seketul saja?" Ibunya hairan mengapa ayam tersebut hanya seketul. "Afif dah kenyang ibu. Afif makan banyak tadi. Afif bawa seketul saja sebab ada lebih. Makan lah ibu, nanti sejuk tak sedap pula" kata Afif sambil tersenyum. Ibu makan makanan tersebut di hadapan Afif. Afif seronok melihat ibunya makan walaupun ibunya tidak tahu Afif belum makan.

Lamunan Afif terhenti apabila air matanya hampir jatuh tatkala terkenangkan peristiwa itu. Afif hanya makan roti di dalam peket beserta air mineral sambil menelaah nota-nota kuliahnya. Apabila ibunya selalu bertanya apa yang dimakan Afif di universiti, dia pasti menjawab makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap supaya ibunya tidak risau. Walhal dia selalu ber'diet' untuk menjimatkan wang.

Satu hari Afif dimasukkan ke hospital kerana pengsan di depan bilik dekan ketika hendak menghantar asigmentnya. Afif terpaksa  ditahan di hospital kerana dia kekurangan nutrisi akibat selalu berlapar. Selama tiga hari Afif ditahan ke hospital kerana badanya terpaksa dimasukkan bekalan insulin dan air supaya antibodinya kuat semula. "Doktor boleh saya pinjam telefon sekejap? Saya nak telefon mak saya." Doktor bertugas hanya memandang wajah Afif. "Awak belum beritahu ibu awak yang awak dimasukkan ke hospital?"  "Tak. Saya tak nak ibu saya susah hati. Boleh tak doktor?"jawab Afif dengan suara yang serak

Doktor bersimpati dengan Afif tetapi doktor memberi amaran kepada Afif jangan bercakap terlalu lama kerana tekaknya yang penuh dengan lendir tidak boleh bergetar dengan kerap.Dikhuatiri lendir itu akan bertambah.

"Assalamualaikum ibu."
"Walaikumussalam. Afif ke ni"
"Ya Ibu. Afif ini. Maafkan Afif tak telefon ibu dalam dua tiga hari ini. Afif ada exam. Afif sibuk sikit"
"oh..Ibu faham. Eh.Kenapa suara Afif serak? Afif demam ka?"
"Tak lah ibu. Afif baik-baik saja. Afif baru lepas berkawat tadi. Ada SISPA."
"Jaga kesihatan Afif ya nak. Makan jangan sampai lupa ya"
hampir terkeluar air mata Afif mendengar suara ibunya.
"Iya ibu. Ibu, Afif terpaksa letak telefon ya. Afif ada kerja lain nak buat. Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumusalam Afif"

Selepas meletakkan telefon, Afif terus menangis."Ya Allah.Hambamu ini berdosa besar Ya Allah. Hambamu ini telah menipu ibu hamba Ya Allah. Hamba menipu kerana hamba sayangkan ibu Ya Allah. Hamba tak mahu ibu susah hati Ya Allah. Cukuplah hamba telah susahkan Ibu ketika hamba dilahirkan Ya Allah. Hamba tidak mahu ibu susah kerana kecuaian hamba sendiri Ya Allah. Kau ampunilah hamba ini Ya Allah. Seseungguhnya hamba telah melakukan penipuan besar sebentar tadi Ya Allah. Kau ampunilah hambamu ini Ya Allah!"

Penuh teresakresak Afif menanggis memohon keampunan kepada Allah. Dia tahu Allah pasti mendengar rintihannya.

Seminggu kemudian Afif  dibenarkan pulang dari hospital kerana badannya telah sembuh secara total. Afif ditenggelami dengan beribu-ribu tugasan kuliah yang ditinggalkannya. Oleh kerana itu Afif sibuk selama sebulan kerana tarikh menghantar tugasan tidak lama lagi. Afif bersekang mata demi pelajarannya sehinggakan dia terlupa untuk menelefon ibu.

Selepas segala tugasan kuliahnya selesai barulah hatinya berasa lapang sedikit. Afif menelefoni ibunya namun tidak dijawab. Keesokkan harinya dia telefon lagi. Namunnya masih hampa. Selama seminggu dia berusaha menelefon ibunya namun tetap masuk dalam peti suara.

Pintu biliknya diketuk warden supaya pergi ke pejabat dekan. Dekan memberitahu Afif bahawa ibunya sedang kritikal sekarang. Hati Afif bagai dicucuk berjuta kaca ketika itu. Rasa mahu tercabut jantung Afif mendengar perkhabaran itu. Afif dibenarkan pulang ke kampung.

Sampai saja ke kampung,Afif terus balik ke rumahnya. Dari depan rumahnya beberapa orang sedang berdiri sunggul. Ya Allah!! Jerit Afif.

Afif meluru masuk ke dalam rumah. Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah-tengah ruang tamu rumah. Ya Allah IBU!!! Afif terus mendakap ibunya dengan tangisan

"Ibu...Ibu..Anak Ibu dah balik. Buka lah mata ibu!!" bebrapa orang kampung menenangkan Afif. "Ibu tak boleh tinggalkan Afif. Afif lapar ibu! Ibu masakkan makanan untuk Afif ya"

Ibunya yang terbaring kaku itu tetap dirangkulnya." Ibu! Bangunlah! Afif belum minta ampun kat ibu! Afif banyak menyusahkan ibu!Afif menyusahkan ibu semenjak Afif bayi lagi. Hari tu Afif bohong ibu! Afif masuk hospital tak beritahu ibu! Maafkan Afif ibu.!"

Afif terpaksa menerima hakikat ibunya telah pergi buat selama-lamanya. Afif belum sempat berbakti kepada ibunya. Belum sempat memberikan apa-apa saja yang ibunya ingini.

pesanan dari blogger
(Afif adalah seorang anak yang sanggup berkorban untuk ibunya walaupun dia berasa dirinya tidak membuat apa-apa pun untuk ibunya. Tetapi kita adakah begitu? Adakah kita ingatkan ibu disaat kita makan,minum,bergembira atau melakukan apa-apa saja? Ada juga diantara kita selalu menengking ibu kita tanpa berasa bersalah sekalipun. Bagi sesiapaa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda dan sayangilah mereka kerana tatkala kita dilahirkan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menyentuh tubuh kita. Bagi yang telah kehilangan ibu, ingatlah doa anak-anak soleh menerangi kubur orang tua kita. WALLAHUALAM..)





4 comments:

  1. sedih nye... kembang suda mata ni ... :'(

    ReplyDelete
  2. wow.. impressive.. keep it up.. wait for ur another story..

    ReplyDelete