"Murid-murid cuti sekolah nanti sekolah akan menganjurkan program motivasi. Sesiapa yang berminat boleh daftarkan nama kepada cikgu beserta wang RM50 untuk pendaftaran. Wang itu untuk kegunaan penginapan dan makanan kamu.Kita akan 'berkampung' di sekolah selama 3 hari."
RM50.!! Banyak tu. Mana aku nak cekau duit ni? Bisik hati Afif. Afif tahu keadaan keluarganya. RM50 itu duit ibunya bekerja selama dua hari. Menjual kuih dan nasi lemak berapa lah sangat. Bagi orang yang mampu, RM50 tidak mendatangkan apa-apa makna tetapi bagi Afif jumlahnya begitu besar.
Tapi jika Afif tidak pergi, Afif akan ketinggalan. Program itu amat berguna untuk Afif dalam menempuh peperiksaannya nanti. Malam itu selepas menelaah pelajaran, Afif nak menyatakan keinginannya kepada ibu. Dengan samar-samar suasana malam, Afif mengintip ibunya. Sesekali dia melihat jam dinding rumahnya. Ya Allah...Pukul 12 malam. Ibu masih belum tidur lagi?. Keinginan Afif untuk menyatakan hasratnya di pendamkan. Ibu memasak nasi lemak, membuat doh kuih untuk pendapatan yang tak seberapa. Sedangkan aku nak minta RM50 untuk motivasi itu. Kesian ibu. Tentu ibu penat. Afif hanya terkelu sambil mengeluh meluahkan kesedihannya.
Afif tetap nak menyertai program motivasi itu tapi dia tak mahu menyusahkan ibunya. Sekolah akan bercuti selama seminggu. Seminggu bererti tujuh hari. Dalam tujuh hari, 3 hari sebelum sekolah dibuka balik sekolah akan memulakan program tersebut. Dia berfikir sejenak. Terlintas di fikirannya untuk melakukan kerja-kerja kampung. Tapi mesti ibu tak izinkan. Desir hatinya. Kalau bohong sunat tak apa kot.
Esoknya dia bangun awal untuk ke kebun Pak Ngahnya. Memunggut kelapa pun tak apa asalkan upah itu dapat dikumpul untuk bayar yuran motivasinya. "Afif nak ke mana tu? Awal bangun?" ibunya kehairanan.
"Afif...Afif nak ke..errr..ke perpustakaan ibu. Afif nak pinjam buku. Petang nanti Afif balik ya ibu. Eh.Ibu nak ke gerai Pak Mat ke?" Ibu mengiyakan sahaja. "Tak apalah ibu.Biar Afif yang bawa. Lagipun Afif akan lalu depan gerai Pak Mat" Ibunya tersenyum sambil menghulurkan bakul yang penuh dengan kuih dan nasi lemak.
Selepas menghantar kuih dan nasi lemak, Afif terus ke kebun Pak Ngahnya di hujung kampung. Pak Ngahnya tahu keadaan Afif yang sangat memerlukan wang. Afif seorang pelajar yang pintar di sekolahnya. Program-program pembelajaran mesti disertainya. Pak Ngah lah yang selalu membantunya ketika dia memerlukan wang untuk pelajarannya. Pernah Pak Ngah ingin membantunya begitu saja tapi Afif tak mahu menerima. Baginya hasil titik peluh sendiri lebih bermakna. Pak Ngah hanya akur dengan kata-kata Afif.
Dengan perolehan RM80 selama 4 hari dia bekerja, dia dapat menyertai program motivasi tersebut.
Dengan menyertai program tersebut dia mendapat pemangkin semangat untuk menjawab soalan dalam SPM. Pada hari dia menduduki SPM, dia menjawab soalan dengan penuh yakin.
4 bulan lamanya menanti akhirnya dia menerima keputusan SPM nya. Alangkah terkejutnya Afif apabila dia diumumkan sebagai pelajar terbaik dalam SPM kerana telah mendapat keputusan 10A. Ternyata Khabar gembira tersebut telah menaikkan taraf keluarganya dan membanggakan ibunya. Ibunya adalah orang yang paling gembira sekali dengan percapaian anak nya
hanya sekadar gambar hiasan.
baca kisah selanjutkan dalam siri yang kedua....habis baca kalau suka tolong 'like' erk

No comments:
Post a Comment