ASSALAMUALAIKUM

bersyukur dan redha apa yang terjadi

my friend

Friday, 26 October 2012

TOLONGLAH HENTIKAN!!!

" Abie...mana Umi? Dari tadi Umi keluar tak balik?"
ayahnya dengan senapang terhunus ditangan. sedang merangkul Khursyi.
" Khabie! Khabie!..Isteri kau kena tembak!"
Khabie terkejut begitu juga Khursyi. Khabie berlari mendapatkan isterinya di kubu pertahanan Palestin.
"Kenapa Umi tidur disini Abie? Kenapa badan Umi kotor Abie?"
Anak kecil itu baru berusia 5 tahun. Khursyi masih tidak tahu apa itu peperangan.
" Umi..Umi pergi jauh Khursyi..Ada yang ambil dia.." sahut Khabie serak.
"Siapa yang ambil Umi, Abie? Kenapa dia nak ambil?" tanya Khursyi kebingungun.
" Umi hanya dipinjamkan. Jadi tiba masa Umi kena balik tempat orang yang dah pinjamkan Umi kepada kita."
Khursyi menanggis..Macam2 yang bermain dimindanya...
Perut Khursyi lapar..Lapar sangat-sangat. Dipandang nya majah Abienya. Abie belum makan?Khursyi tahan sahaja kelaparannya.. 
Sesekali peluru kedengaran bunti tembakan keluar dari corong senapang Abienya.
"Kenapa Abie tembak diorang?"
Khabie kembali melihat anaknya. Ya. Khabie membawa anaknya bersama-sama dengannya mempertahankan kubu Palestin kerana takut anakmya di tembak kejam oleh Israel.


                                                  bantulah palestin

"Mereka ni adalah Israel Khursyi. Abie mesti tembak. Kalau tak diorang akan musnahkan kita. Diorang yang bunuh Umi."
Dengan penuh perasaan dan linangan air mata Khabie curahkan pelurunya. Satu persatu musuh-musuh mereka mati. tetapi beribu-ribu rakyat Palestin terkorban.
"Abie tembak menggunakan senapang ke?"
Soalan Khursyi tidak dibalas. Lantas Khursyi mengambil sebilah senapang yang ditinggalkan oleh kawan Abienya yang telah tumbang shahid."Dengan ini kah Abie?" sambil menunjukkan senapang itu. Tetap juga tidak di jawab oleh Abienya.
Tiba-tiba Khursyi berlari keluar dari kubu pertahanan Palestin sambil membawa senapng.
" Nah!Israel!! Kau bunuh Umi!! Sekarang aku tembak korang semua"
Alangkah terkejutnya Khabie melihat anaknmya berdiri di tengah-tengah hujan peluru. Salah satu peluru Israel menjunam masuk ke dada Khursyi...
"Khursyi!! Celaka kau yahudi!!"
Terus Khabie berlari mendapatkan anaknya yang telah longlai...
"A...Abie...Khur..Khursyi nak balik ni..Allah dah jem...jemput..Khursyi tak sabar nak jumpa Umi....."
Khabie terus merangkul anaknya sambil menangis..Peluru-peluru musuh langsung tidak dihiraukannya.
"Janganlah Abie nangis..Abie kan cakap..Kita ni hanya dipin..jam..kan................"
Khursyi rebah dalam rangkulah Khabie..Khabie memeluk anaknya dengan erat..Khursyi syahid di medan perjuangan menegak maruah negara.

pesanan dari blogger
(Kita disini sempat kesekolah..sedangkan mereka keluar rumah menempuh bahaya..kita disini makan kenyang2 sehingga membazir..tetapi mereka hanya makan sisa makanan yang penuh dengan kotoran..kita disini suka bertelingkah..namun mereka bersusah payah mencuba untuk menghentikan peperangan...Kita berniat untuk membantu..TAPI KITA BELI BARANGAN BUATAN NEGARA ISRAEL...satu sen kita gunakan untuk membeli barangan Israel..SATU BUTIR PELURU KITA SUMBANGAN UNTUK MEMUSNAHKAN PALESTIN..renung-renungkanlah..................)

Wednesday, 24 October 2012

pidato pnb peringkat kebangsaam(final)


malam tu semua pemidato diminta pakai baju kot masing2 sebab nak umumkan siapa yg layak masuk...hui gementar nya...saya hanya makan salad saja...pagi tu tak makan apa2, tgah hari makan kuih..malam makan salad je..mana tak lemah je badan..bukannya apa..lgsung tak ada selera..kalo nak ikutkan makanan yg terhidang semuanya bertaraf 5star sebab hotel pun bukannya murah...

baru dua tiga suap..dah mc ckap nak umumkan siapa yang layak..terus berhenti makan..bukan saya sorang
je yang gementar...semua peserta tunduk je..mungkin gabra ka...habis selera makan terbantut..

pastu mc umumkan lah satu persatu..Shami yang dari Sibu,Sarawak tu nama dia dah kena panggil..dia layak..tapi saya???hai...gementar nya..

7 org dah kena panggil..harap2 la saya terpilih..tengah menanti ni nama pun dipanggil...yeay!!!..saya layak la..Amin..Syukur..dua2 budak Sarawak masuk final..Alhamdulillah..pastu kami ada cabut undi lagi sekali...saya dapat giliran ke-2..hui!! awal tu..keluar je dari dewan makan kami macam artis pulak dah..kena snap2 gmbar....nak tengok ke?? tak yah la..nak tengok jugak?? ok2..hehe

 
                   ni la peserta yang layak ke final...bangga nye!!



pastu ni tme hari kemuncak prtandgan..final..lagi sekali tak ada selera makan..cikgu paksa pulak..siap dah sediakan mee goreng lagi tu..mahu tak mahu makan je la..lepas makan kami terus ke dewan bertanding..hui besar jugak...tak seperti masa semifinal tu..perut rasa memulas la pulak..siap muntah di toilet..dua kali lagi tu...

cikgu rasa badan saya dah panas2..dah start nak demam la..pasal pulak la pandai nak demam ni?? badan dah lemah..mana tak nya..suma makanan habis dimuntahkan..

giliran pun sampai..saya buat je la sehabis baik..tme nak jawab soalan bonus tu..saya tak faham la apa yang ditanya oleh juri..jawab je la..

habis semua pemidato berpidato..tiba la saat keputusan diumumkan..yang paling sedih tu..saya tak dapat nmber1,2 ataupun3....memang nak menangis tme tu..tengok2 syahmi dapat nmber2..memang betul tekaan syahmi( syahmi dan saya je tahu apa diteka)hehe...tapi sedih tu tak lame sebab tengok peserta2 lain gembira..saya pun turut sama gembira..



                        walauapapun..kami tetap bersyukur..kan3

itu la kisah saya dan rakan2 pemidato dalam merebut gelaran 'juara'..seperti yang kita tahu hanya seorang saja yang mendapat gelaran 'juara' tapi bagi saya..KAMI SEMUA ADALAH JUARA...





pidato pnb peringkat semifinal 2012-di johor

                                                            assalamualaikum

kasi intro skit..hehe..lama dah brtndingan ni baru saya nak update..bukannya apa ntah apa problm with blog lama tu sampai tak boleh buka...tak pe..kita share lam blog baru je..cantik tak?? hehe..tak yah puji..o.0

pada 17/9 saye berangkat lah dari Kuching, Sarawak nak ke Johor. ada pertandingan pidato pnb. macam yang saya cakap haritu sape yang dapat nmber1 dan 2 akan mewakili ngeri masing2 ke peringkat kebangsaan..taw tak apa yang menakutkan saya time tu??(kasi saspen skit).....saya belum sempat hafal teks pidato..memang satu pun belum hafal..betul ni

dalam aircraft tu saya baca dan cuba hafalkan teks pidato tu..sampai tak tido dalam aircraft..dalam teksi time nak on the way g hotel tu pun masih menghafal skrip..kalo tak hafal memang mampus la atas stage nanti..malu nyeee...

sampai hotel saya cari2 la muka2 pemidato semua...mana nak cari? rupa diorang pun saya tak kenal..tme nak check in bilik hotel tu baru dapat tahu kami adalah adalah orang pertama yang daftar bilik..rupanya diorang suma belum sampai2 lagi..

saya ni pelik sikit..kalo dah nampak muka pemidato dan dah bergaul dengan diorang..nerves dan malu tu automatik hilang..tapi sorang pun tak de..ni yang buat saya makin nervous ni...huhu/:(

lepas letak beg tukar pakaian suma cikgu ajak keluar..keluar lah kejap nak hilangkn gementar..sempat jugak la snap gmbar..hui sebarang hotel ni rupanya singapura..dekat je...nak tengok ke??? jap erk...





                                                             kat sebarang tu singapura..




                                                       ni la gambar hotel saya.The Zon




kami jalan tak lama sebab saya nak kena hafal teks pidato tu cepat2..pukul 3 camtu saya pergi makan petang..time tu la terserempak dengan peserta pidato dari Perak.. sweet jugak orang nya..hehe..tme tu la sempat saye berkenalan..

tme makan malam tu sempat jugak berkenalan dengan pesrta pidato dari Kelantan dan ewh ada lagi peserta tadi..satu meja la gamaknya..hui hilang ckit nerves..tgok2..ramainya pesrta..macam mana nak kenal ni.30 org tu..tak pe la..esok sempat lagi nak kenal2..lepas makan kami ada cabut undi..saya dapat nmber 10..peringakat semifinal pertama pulak tu..habis la..terpaksa tak tidur nak hafal ni..

malam tu..saya hafal betul2 sampai pukul 1 pagi..hafal la jugak..tido kejap..pastu terbangun pukul 3 pagi sebab ada 'period pain'(perempuan taw la)..dah tak dapat tidur..bancuh teh pekat2 pastu minum untuk hilangkan sakit..tak dapat tidur la..saya sambung menghafal lagi sampai tertido atas meja sekitar pukul 6.30 pg camtu..

ni tme nak g pertndingan pula..before tu saya dan cikgu nak g sarapan..apasal suma orang dah pakai kot ni?..saya sorang je pakai baju biasa..Ya Allah pukul 7.30.. prtndingan start dalam stengah jam lagi..aku sempat minum teh panas pastu terus naik bilik tukar baju formal..dalam kelam kabut sempat jugak snap gambar..hehe..



                                       pin2 tu saya sempat tggal kan before pergi berpidato..hehe


masuk dalam bilik btanding tu dah rasa semacam..gementar nye..ewh jumpa lagi peserta kelantan tu..Syasya nama dia..sweet budaknya..dia dapat undian ke6 kalo tak silap..

tiba la giliran saya..ingatan ni antara ingat dan tak ingat..perut lapar..sebab tadi tak ada selera makan..cakap je la apa yang ada..siap isi ke4 tak ingat pulak..sebab saya yang buat sendiri teks tu jadi sikit2 fakta dah melekat...habis bpidato tu..lambat pulak juri nak bagi soalan..kaki dah bergegar dah...

habis bpidato tu baru la ada selera nak makan tgahari..tu pun makan kuih je...trus balik blik dan tidur..pukul 3 bgun balik nak jalan2 jap dengan rakan seperjuangan dari Sarawak, Syahmi di bawa khas dari Sibu..hehe

malam ni baru la kputusan siapa yang berjaya layak melangkah ke peringkat final..kita nantikan k....



pengorbanan anak siri2


Kini Afif telah menjejakkan kaki di Universiti Malaya dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Walaupun agak sukar untuknya meninggalkan ibunya di kampung, namun desakkan ibu serta cita-cita ingin membaiki hidup menyebabkannya pergi juga merantau.

Walaupun sibuk dengan urusan pelajaran dan jadual waktu kuliahnya agak ketat, dia tetap akan menefoni ibunya di kampung. Kalau tidak setiap hari, setiap hujung minggu pasti dia akan menelefoni ibunya. Rindu kepada ibunya amat kuat kerana dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya buat sekian lama.

Oleh kerana tekanan pelajaran di universiti, menyebabkan Afif tidak menjaga kesihatan dirinya. Jadual pemakanannya langsung tidak dipatuhi. Kadang-kala dia hanya makan sekali sehari. Itupun dengan kuantiti yang sedikit. Dia masih ingat lagi ketika dia menghadiri jamuan akhir tahun sekolahnya ketika dia berada di tingkatan lima. Dia langsung tidak mempunyai selera makan, walhal di hadapannya terhidang beraneka makanan yang menyelerakan.

Terdetik dihatinya, apa lauk yang terhidang dihadapan ibu ketika ini? Adakah wajar aku makan yang sedap-sedap sedangkan ibu hanya makan nasi berlaukkan ikan kering. Afif masih ingat lagi dia diketawakan oleh rakan-rakannya ketika jamuan akhir tahun itu apabila dia mengambil seketul paha ayam goreng dan sebungkus mee goreng untuk ibunya. Afif balutkan ayam goreng tersebut dengan tisu rapi-rapi supaya ayam tersebut tidak kotor. "Apa yang kau buat tu Afif? Nak bagi kucing makan ya..hahaha" Rakan-rakan nya mengejek. Afif hanya mendiamkan diri. Afif belum lagi menyentuh makanan yang ada di hadapannya. Seleranya terbantut.

Sesampai di rumah, Afif hidangkan seketul paha ayam goreng berserta dengan mee goreng di dalam pingan untuk dihidangkan kepada ibunya. "Afif dah makan? Kenapa seketul saja?" Ibunya hairan mengapa ayam tersebut hanya seketul. "Afif dah kenyang ibu. Afif makan banyak tadi. Afif bawa seketul saja sebab ada lebih. Makan lah ibu, nanti sejuk tak sedap pula" kata Afif sambil tersenyum. Ibu makan makanan tersebut di hadapan Afif. Afif seronok melihat ibunya makan walaupun ibunya tidak tahu Afif belum makan.

Lamunan Afif terhenti apabila air matanya hampir jatuh tatkala terkenangkan peristiwa itu. Afif hanya makan roti di dalam peket beserta air mineral sambil menelaah nota-nota kuliahnya. Apabila ibunya selalu bertanya apa yang dimakan Afif di universiti, dia pasti menjawab makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap supaya ibunya tidak risau. Walhal dia selalu ber'diet' untuk menjimatkan wang.

Satu hari Afif dimasukkan ke hospital kerana pengsan di depan bilik dekan ketika hendak menghantar asigmentnya. Afif terpaksa  ditahan di hospital kerana dia kekurangan nutrisi akibat selalu berlapar. Selama tiga hari Afif ditahan ke hospital kerana badanya terpaksa dimasukkan bekalan insulin dan air supaya antibodinya kuat semula. "Doktor boleh saya pinjam telefon sekejap? Saya nak telefon mak saya." Doktor bertugas hanya memandang wajah Afif. "Awak belum beritahu ibu awak yang awak dimasukkan ke hospital?"  "Tak. Saya tak nak ibu saya susah hati. Boleh tak doktor?"jawab Afif dengan suara yang serak

Doktor bersimpati dengan Afif tetapi doktor memberi amaran kepada Afif jangan bercakap terlalu lama kerana tekaknya yang penuh dengan lendir tidak boleh bergetar dengan kerap.Dikhuatiri lendir itu akan bertambah.

"Assalamualaikum ibu."
"Walaikumussalam. Afif ke ni"
"Ya Ibu. Afif ini. Maafkan Afif tak telefon ibu dalam dua tiga hari ini. Afif ada exam. Afif sibuk sikit"
"oh..Ibu faham. Eh.Kenapa suara Afif serak? Afif demam ka?"
"Tak lah ibu. Afif baik-baik saja. Afif baru lepas berkawat tadi. Ada SISPA."
"Jaga kesihatan Afif ya nak. Makan jangan sampai lupa ya"
hampir terkeluar air mata Afif mendengar suara ibunya.
"Iya ibu. Ibu, Afif terpaksa letak telefon ya. Afif ada kerja lain nak buat. Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumusalam Afif"

Selepas meletakkan telefon, Afif terus menangis."Ya Allah.Hambamu ini berdosa besar Ya Allah. Hambamu ini telah menipu ibu hamba Ya Allah. Hamba menipu kerana hamba sayangkan ibu Ya Allah. Hamba tak mahu ibu susah hati Ya Allah. Cukuplah hamba telah susahkan Ibu ketika hamba dilahirkan Ya Allah. Hamba tidak mahu ibu susah kerana kecuaian hamba sendiri Ya Allah. Kau ampunilah hamba ini Ya Allah. Seseungguhnya hamba telah melakukan penipuan besar sebentar tadi Ya Allah. Kau ampunilah hambamu ini Ya Allah!"

Penuh teresakresak Afif menanggis memohon keampunan kepada Allah. Dia tahu Allah pasti mendengar rintihannya.

Seminggu kemudian Afif  dibenarkan pulang dari hospital kerana badannya telah sembuh secara total. Afif ditenggelami dengan beribu-ribu tugasan kuliah yang ditinggalkannya. Oleh kerana itu Afif sibuk selama sebulan kerana tarikh menghantar tugasan tidak lama lagi. Afif bersekang mata demi pelajarannya sehinggakan dia terlupa untuk menelefon ibu.

Selepas segala tugasan kuliahnya selesai barulah hatinya berasa lapang sedikit. Afif menelefoni ibunya namun tidak dijawab. Keesokkan harinya dia telefon lagi. Namunnya masih hampa. Selama seminggu dia berusaha menelefon ibunya namun tetap masuk dalam peti suara.

Pintu biliknya diketuk warden supaya pergi ke pejabat dekan. Dekan memberitahu Afif bahawa ibunya sedang kritikal sekarang. Hati Afif bagai dicucuk berjuta kaca ketika itu. Rasa mahu tercabut jantung Afif mendengar perkhabaran itu. Afif dibenarkan pulang ke kampung.

Sampai saja ke kampung,Afif terus balik ke rumahnya. Dari depan rumahnya beberapa orang sedang berdiri sunggul. Ya Allah!! Jerit Afif.

Afif meluru masuk ke dalam rumah. Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah-tengah ruang tamu rumah. Ya Allah IBU!!! Afif terus mendakap ibunya dengan tangisan

"Ibu...Ibu..Anak Ibu dah balik. Buka lah mata ibu!!" bebrapa orang kampung menenangkan Afif. "Ibu tak boleh tinggalkan Afif. Afif lapar ibu! Ibu masakkan makanan untuk Afif ya"

Ibunya yang terbaring kaku itu tetap dirangkulnya." Ibu! Bangunlah! Afif belum minta ampun kat ibu! Afif banyak menyusahkan ibu!Afif menyusahkan ibu semenjak Afif bayi lagi. Hari tu Afif bohong ibu! Afif masuk hospital tak beritahu ibu! Maafkan Afif ibu.!"

Afif terpaksa menerima hakikat ibunya telah pergi buat selama-lamanya. Afif belum sempat berbakti kepada ibunya. Belum sempat memberikan apa-apa saja yang ibunya ingini.

pesanan dari blogger
(Afif adalah seorang anak yang sanggup berkorban untuk ibunya walaupun dia berasa dirinya tidak membuat apa-apa pun untuk ibunya. Tetapi kita adakah begitu? Adakah kita ingatkan ibu disaat kita makan,minum,bergembira atau melakukan apa-apa saja? Ada juga diantara kita selalu menengking ibu kita tanpa berasa bersalah sekalipun. Bagi sesiapaa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda dan sayangilah mereka kerana tatkala kita dilahirkan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menyentuh tubuh kita. Bagi yang telah kehilangan ibu, ingatlah doa anak-anak soleh menerangi kubur orang tua kita. WALLAHUALAM..)





pengorbanan anak disebalik pengorbanan seorang ibu

Afif ketika ini berusia 17 tahun. Tahun ini juga dia akan menduduki peperiksaan SPM. Dia adalah satu-satunya harapan ibunya memandangkan dia anak tunggal dalam keluarga. Ayah nya telah meninggal dunia 3 tahun yang lepas. Ibunya lah yang bersusah payah mencari rezeki menyara kehidupan dan untuk pelajaran Afif.

"Murid-murid cuti sekolah nanti sekolah akan menganjurkan program motivasi. Sesiapa yang berminat boleh daftarkan nama kepada cikgu beserta wang RM50 untuk pendaftaran. Wang itu untuk kegunaan penginapan dan makanan kamu.Kita akan 'berkampung' di sekolah selama 3 hari."

RM50.!! Banyak tu. Mana aku nak cekau duit ni? Bisik hati Afif. Afif tahu keadaan keluarganya. RM50 itu duit ibunya bekerja selama dua hari. Menjual kuih dan nasi lemak berapa lah sangat. Bagi orang yang mampu, RM50 tidak mendatangkan apa-apa makna tetapi bagi Afif jumlahnya begitu besar.

Tapi jika Afif tidak pergi, Afif akan ketinggalan. Program itu amat berguna untuk Afif dalam menempuh peperiksaannya nanti. Malam itu selepas menelaah pelajaran, Afif nak menyatakan keinginannya kepada ibu. Dengan samar-samar suasana malam, Afif mengintip ibunya. Sesekali dia melihat jam dinding rumahnya. Ya Allah...Pukul 12 malam. Ibu masih belum tidur lagi?. Keinginan Afif untuk menyatakan hasratnya di pendamkan. Ibu memasak nasi lemak, membuat doh kuih untuk pendapatan yang tak seberapa. Sedangkan aku nak minta RM50 untuk motivasi itu. Kesian ibu. Tentu ibu penat. Afif hanya terkelu sambil mengeluh meluahkan kesedihannya.

Afif tetap nak menyertai program motivasi itu tapi dia tak mahu menyusahkan ibunya. Sekolah akan bercuti selama seminggu. Seminggu bererti tujuh hari. Dalam tujuh hari, 3 hari sebelum sekolah dibuka balik sekolah akan memulakan program tersebut. Dia berfikir sejenak. Terlintas di fikirannya untuk melakukan kerja-kerja kampung. Tapi mesti ibu tak izinkan. Desir hatinya. Kalau bohong sunat tak apa kot.

Esoknya dia bangun awal untuk ke kebun Pak Ngahnya. Memunggut kelapa pun tak apa asalkan upah itu dapat dikumpul untuk bayar yuran motivasinya.  "Afif nak ke mana tu? Awal bangun?" ibunya kehairanan.
"Afif...Afif nak ke..errr..ke perpustakaan ibu. Afif nak pinjam buku. Petang nanti Afif balik ya ibu. Eh.Ibu nak ke gerai Pak Mat ke?" Ibu mengiyakan sahaja. "Tak apalah ibu.Biar Afif yang bawa. Lagipun Afif akan lalu depan gerai Pak Mat" Ibunya tersenyum sambil menghulurkan bakul yang penuh dengan kuih dan nasi lemak.

Selepas menghantar kuih dan nasi lemak, Afif terus ke kebun Pak Ngahnya di hujung kampung. Pak Ngahnya tahu keadaan Afif yang sangat memerlukan wang. Afif seorang pelajar yang pintar di sekolahnya. Program-program pembelajaran mesti disertainya. Pak Ngah lah yang selalu membantunya ketika dia memerlukan wang untuk pelajarannya. Pernah Pak Ngah ingin membantunya begitu saja tapi Afif tak mahu menerima. Baginya hasil titik peluh sendiri lebih bermakna. Pak Ngah hanya akur dengan kata-kata Afif.

Dengan perolehan RM80 selama 4 hari dia bekerja, dia dapat menyertai program motivasi tersebut.
Dengan menyertai program tersebut dia mendapat pemangkin semangat untuk menjawab soalan dalam SPM. Pada hari dia menduduki SPM, dia menjawab soalan dengan penuh yakin.

4 bulan lamanya menanti akhirnya dia menerima keputusan SPM nya. Alangkah terkejutnya Afif apabila dia diumumkan sebagai pelajar terbaik dalam SPM kerana telah mendapat keputusan 10A. Ternyata Khabar gembira tersebut telah menaikkan taraf keluarganya dan membanggakan ibunya. Ibunya adalah orang yang paling gembira sekali dengan percapaian anak nya

         
                                                        hanya sekadar gambar hiasan.


baca kisah selanjutkan dalam siri yang kedua....habis baca kalau suka tolong 'like' erk





Tuesday, 23 October 2012

pertandingan pidato peringkat negeri Sarawak.

ade la sorang student lower form panggil ada hal katanye
 cikgu panggil sebab nak dijadikan wakil Kuching untuk pertandingan pidato PNB peringkat negeri tahun 2012
huh!! kejut jugak aku......macam mane pidato tu erk??? kalau debat tu taw la..forum ke..
nak tak nak terpaksa pulak sanggupkan kehendak sekolah untuk masuk pertandingan ni..punye la susah nak tukar gaya debat ke pidato..terpaksa tengok pidato peserta pnb tahun terdahulu(tengok ayat skema kluar sudah)

aku time tu diambang trial exam stpm...camner ni?? cikgu pulak tak de pilihan melainkan aku mesti ikut jugak pertandingan ni...arrrhhh...lantak la..ni pengalaman kan...camner kita nak blaja pidato kalau tak join kan..

sehari suntuk aku buat research tentang tajuk pidato aku..ingat kan cikgu yang nak tolong buatkan skrip..tapi hampeh..aku jugak terpakse buat..mane dengan kerja kursus yang melambak..rnd lagi..ulang kaji lagi.,

(ewh nie cerita pidato ke ape ni??) berbalik kepada tajuk asal tadi...aku dan cikgu melati(cikgu yang bawak aku pidato) ke Limbang Sarawak.. first time nie...skrip2 pidato tu allahamdulilah hafal la jugak..tgok balik kertas peraturan pidato.. PESERTA YANG MENDAPAT GELARAN JOHAN AKAN BERTANDING KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR/AKHIR.....masa tu aku tanamkan azam..tak nak la dapat number 1..number 3 pun jadi la asalkan aku tak ada lagi pertandingan lepas ni(pelik kan aku..semua org berebut-rebut nak dapat johan..aku pulak nak dapat nmber 3)

aku dapat tahu peserta yang bertanding bersama-sama dengan aku semuanya pernah bertanding pidato pnb tahun lepas...naik kecut perut aku..dapat ke kalah kan diorang nie?? ada yang dapat nmber2 dan nmber3 untuk perngkt ngeri tahun lepas..takut betul aku..

pada hari pertandingan aku mendapat angka giliran peserta ke 6 daripada 8 peserta yang bertanding..gabra semacam aku time tu..ibarat kata org dulu2..mandi tak kenyang..tido tak basah..(pelik btol peribahasa ni erk..hehe)

punye la tkejut bla tengok peserta pidato pertama tu jawab soalan bonus...ada pulak soalan bonus erk..aku lgsung tak tahu..macam mane ni...giliran aku pun sampai..sebagai peserta paling tua di antara peserta-peserta pidato tu..(tua la sangat) aku buat sehabis baik je..

tiba la keputusan akan diumumkan..aku dah redha dah..soalan tu tah ape2 aku jawab...aku siap nak tidur lagi time pengumuman pemenang tu nak diumumkan..saguhati punyelah..

punyelah terkejut aku diumumkan sebagai johan pertandingan pidato peringkat negeri Sarawak..biar betol..mimpi ke ni...aku pun angkat la penuh bangga ambil hadiah..huh..tak sangka kan...rezeki johan tu aku yang dapat..Syukur...